Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Blog Adimastuli yang ditubuhkan secara rasminya pada 8 November 2009 ini bertujuan untuk memperkenalkan kelab Senitari Adimastuli UPM ini kepada semua lapisan masyarakat. Blog ini juga terbuka kepada semua yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kelab Senitari Adimastuli selain mendalami pengetahuan tentang seni tarian melayu, malah tarian etnik-etnik di Malaysia ini. Selain maklumat tentang tarian, blog ini juga menyediakan ruangan untuk anda melihat sendiri pergerakan dan aktiviti kelab kami sepanjang tertubuhnya kelab ini. Kami berharap agar apa yang dikongsi di sini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua orang. Sekian,
Wassalam
Presiden Kelab Adimastuli 2009/2010
(Mohammad Adzim Bin Ab Aziz)
08 November 2009
Selamat Datang ke Blog Adimastuli
Posted by Mohammad Adzim Bin Ab Aziz at 7:57 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment